Beribu paket tepung beras dan tepung pulut terapung di perairan jeti nelayan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah sejak petang semalam.
Tepung berkenaan tercampak keluar dari satu daripada lima kontena yang ditunda beberapa bot nelayan ke jeti berkenaan pagi semalam.
Kontena itu timbul di perairan kira kira 20 batu nautika dari pantai Telok Gong selepas kapal dagang MV Avatar yang dalam pelayaran dari Medan ke Batam, Indonesia karam di perairan antarabangsa Tanjung Kling pada Rabu lalu yang mengorbankan kapten kapal berkenaan manakala 14 kru terselamat.
Pemilik bot nelayan yang menunda lima kontena itu, Mohd Asdie Ayob, 34, berkata beberapa botnya menunda kontena berkenaan dan usaha mengangkat kontena itu sedang diusahakan dengan kerjasama sebuah syarikat kren.
0 comments:
Post a Comment