Bantu golongan kurang berkemampuan

Saidi (tengah) menyerahkan baju t-shirt kepada sebahagian daripada 60 orang Pengerusi JKKKP, ketua UMNO cawangan dan PDM dari DUN Pasir Tumboh.
Kota Bharu: Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kubang Kerian meningkatkan program membantu golongan kurang berkemampuan termasuk ibu tunggal di kawasan Parlimen Kubang Kerian.

Pengerusi biro berkenaan, Datuk Saidi Mohd Noor berkata, program itu digerakkan bersama dengan mendapat sokongan dan kerjasama daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di setiap mukim selain ketua UMNO cawangan dan penggerak di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Katanya, maklumat mengenai kedudukan keluarga kurang berkemampuan dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui bantuan jentera peringkat hadapan seperti Pengerusi JKKKP, ketua UMNO cawangan dan PDM kerana mereka lebih dekat dengan masyarakat setempat.

"Biro Kebajikan UMNO Bahagian Kubang Kerian sentiasa turun padang dan menggerakkan program membantu golongan sasar itu dengan kerjasama pemimpin peringkat setempat.

"Melalui program turun padang itu. kita juga dapat mengenal pasti golongan kurang berkemampuan dan senarai nama mereka boleh diangkat kepada agensi kerajaan berkaitan untuk disenaraikan dalam daftar E-Kasih bagi membolehkan bantuan bersesuaian disalurkan," katanya di Pasir Tumboh, hari ini.

Saidi berkata, golongan kurang berkemampuan dan ibu tunggal yang memerlukan bantuan perlu tampil memberi maklumat diri sebelum saluran bantuan bersesuaian dapat dilakukan kepada mereka.

Beliau berkata, lebih mudah mereka terbabit menyalurkan maklumat itu kepada Pengerusi JKKKP di setiap mukim atau melalui Biro Kebajikan UMNO bahagian Kubang Kerian untuk tindakan selanjutnya.

"Kita mempunyai jaringan dan barisan hadapan seperti Pengerusi JKKKP, ketua UMNO cawangan dan PDM dalam mengerakkan usaha membantu golongan sasar yang memerlukan pembelaan di peringkat akar umbi.

"Dalam pertemuan dengan kira-kira 60 orang jentera hadapan seperti Pengerusi JKKKP, ketua cawangan dan PDM di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh baru-baru ini, saya beri penekanan terhadap usaha membantu golongan kurang berkemampuan," katanya.

Pada pertemuan itu, Saidi turut menyampaikan baju t-shirt untuk pengerusi JKKKP, ketua cawangan dan PDM dari kawasan DUN Pasir Tumboh yang hadir.

Masyukkk boh, RM13 juta 13 hari

KUALA LUMPUR: Filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) mengutip RM13 juta selepas 13 hari ditayangkan di 120 pawagam di seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura.
Mula menemui penonton pada 23 Ogos lalu, ALF2 dijangka mampu melakar satu lagi sejarah dalam dunia sinematik tempatan berikutan prestasi baik ditunjukkan memasuki minggu ketiga tayangan.
Sehingga kelmarin, ALF2 menduduki tangga pertama dalam carta 'box office' mengatasi judul antarabangsa bagi filem yang ditayangkan dalam tempoh dua minggu.
Penerbit ALF2, Datuk Yusof Haslam memberitahu, sambutan luar biasa terhadap karya terbitan Skop Production Sdn Bhd dan Astro Shaw itu membuktikan industri perfileman masih disokong penonton tempatan.
"Filem bukanlah produk yang boleh dijangka. Sama seperti penerbit lain, awalnya saya bimbang apabila melihat tidak banyak filem mencecah kutipan pecah panggung sehingga bulan lalu," katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, ALF2 yang diarahkan Syafiq Yusof, dilaporkan mengutip RM700,000 pada hari pertama tayangan. Filem itu dibintangi artis popular seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok dan Tania Hudson.
Yusof berkata, selain kekuatan cerita dan mutu produksi, ALF2 mencapai kejayaan berikutan musim cuti sekolah dan Aidiladha.
"Alhamdulillah, semua pawagam masih menayangkan filem ini. Selepas berbincang dengan Astro Shaw, mereka bersetuju mengekalkan filem ini di pawagam selagi mendapat sambutan.
"Saya berterima kasih kepada Astro Shaw yang banyak menyokong daripada segi pemasaran dan promosi. Kami berharap filem ini dapat memecahkan rekod kutipan tertinggi," katanya.
Sebelum ini, filem Polis Evo yang ditayangkan tahun lalu mencatat kadar jualan tiket terbanyak iaitu RM17,740,000.

Mek Bibi mahu tanding Presiden KAFA ?

Usahawan Batik, Bibi Ramjani Ilias Khan
KOTA BHARU: Usahawan wanita terkenal di Kelantan, Bibi Ramjani Ilias Khan menawarkan diri merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu itu bersedia menerajui KAFA tanpa mengenakan sebarang syarat termasuk tidak akan menjadikan pasukan The Red Warriors (TRW) sebagai platform perniagaan.
Pada awalnya, Bibi Ramjani hanya berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada penaja untuk pasukan TRW musim hadapan.
Katanya, beliau banyak bergaul dengan orang ramai, termasuk penyokong bola sepak Kelantan dan mereka memintanya melakukan perubahan
"Saya menyambut hasrat itu mahu menaja pasukan terbabit. Namun apabila saya fikirkan semula, jika betul niat mahu membaik pulih pasukan, lebih baik lakukan perubahan terhadap pasukan dan persatuan.
"Daripada situ, saya rasa lebih baik saya tawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Bibi Ramjani yang juga anak jati Kok Lanas berkata, perkara pertama yang akan dilakukan jika dipilih sebagai Presiden KAFA ialah memastikan kewangan persatuan stabil termasuk menyelesaikan hutang.
Katanya, KAFA di bawah kepemimpinan yang sedia ada kini sudah melakukan yang terbaik untuk mengurus pasukan dan masalah yang timbul sebelum ini disebabkan kekurangan dana.
"Saya lihat KAFA cuba sedaya upaya bagi memastikan pasukan bersaing pada musim ini, cuma mereka tidak bernasib baik dan kekurangan dana untuk menampung perbelanjaan pasukan.
"Jadi timbul soal tidak membayar gaji pemain dan sebagainya. Namun, saya akan cuba dengan pengalaman yang ada dalam bidang perniagaan untuk memastikan kewangan KAFA pada musim depan stabil dan menyelesaikan masalah hutang," katanya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor membuat tawaran terbuka kepada mana-mana individu untuk memimpin KAFA pada Kongres Agung Tahunan Kali ke-43 pada 16 September ini. - Berita Harian

KAFA tak retak TRW tak dingin...Annuar mungkin kembali

KOTA BHARU: Selepas melepaskan tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) 8 November tahun lalu, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan kembali namanya sebagai Presiden persatuan itu.

Beliau berkata, cadangan itu hanya akan berlaku sekiranya tiada calon lain tampil menawarkan diri.

Katanya, sekiranya keadaan terlalu rumit, beliau sedia melakukan u-turn dan mengambil balik jawatan yang pernah disandangnya sembilan tahun lalu.

"Saya harap ia tidak berlaku...saya mahu melihat KAFA diberi peluang kepada individu lain yang mampu menaikkan kembali pasukan Kelantan.

"Jika tiada calon sangat, saya sedia duduk semula dan berbincang dengan Exco KAFA mengenai perkara itu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Annuar yang pernah mengisi jawatan itu selama sembilan tahun berkata prestasi pasukan boleh terjejas jika perkara ini masih berlanjutan.

"Saya tidak mahu The Red Warriors (TRW) terus rosak dan hancur...saya juga sedia memberi bantuan kepada bakal presiden kerana bola sepak sudah menjadi satu tanggungjawab saya kepada rakyat.

Dalam masa sama, Annuar menegaskan kepada barisan exco yang tidak memberi sumbangan terhadap kemajuan persatuan dan pasukan untuk mengosongkan jawatan itu agar dapat diisi oleh calon yang lebih layak.

"Mana-mana exco dalam KAFA yang hanya menumpang dan ambil kesempatan dengan jawatan itu agar rela hati untuk melepaskannya.

"Ini kerana jika perkara itu terus berlaku ia akan merosakkan KAFA sekaligus menjejaskan pasukan TRW untuk musim akan datang...jangan kita tamak kerana kepentingan diri sendiri," katanya.

Rupa-rupanya tulang kambing

Rangka yang ditemui di Kampung Paya Rambai, di sini, semalam.

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan penemuan rangka di Kampung Paya Rambai, Kota Bharu, 7 petang semalam adalah tulang kambing.

Penemuan itu menggemparkan penduduk dan seorang lelaki berusia 50 tahun kemudian membuat aduan kepada polis.

Hasanuddin berkata, polis menerima pada jam 7.05 petang.

"Susulan menerima laporan itu, anggota polis unit peronda (MPV) dan pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bergegas ke lokasi penemuan.

"Tulang berkenaan ditemui pada jarak 15 meter dari rumah pengadu. Hasil siasatan polis menemui beberapa tulang di bahagian belakang, paha dan rusuk yang berada di atas tanah.

"Keadaan tulang dipercayai sudah lama dan ia dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk siasatan lanjut dan megesahkan bahawa ia adalah tulang kambing," katanya ketika ditemui di IPK, Kota Bharu, hari ini.

Lagi ramai lebih baik - Annuar

KOTA BHARU: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu bakal presiden persatuan itu meminati bola sepak.

Annuar yang pernah menerajui KAFA selama sembilan tahun itu berkata dia mengalu-alukan kemunculan individu yang mengesahkan hasrat mereka untuk membawa pembaharuan imej terhadap bola sepak Kelantan.

Katanya, perkembangan ini dilihat positif terhadap masa depan bola sepak Kelantan dan berharap lebih ramai akan tampil agar satu pemilihan terbaik dapat dilak thukan.

"Alhamdulillah nampaknya sudah muncul orang berminat jadi Presiden KAFA. Ini harus dialu-alukan.
Saya harap akan ada lagi yg tampil. Lebih ramai lebih baik.

"Cuma perlu saya peringatkan sesiapa yang mahu memimpin kafa perlulah benar-benar meminati sukan itu dan bukan sekadar memikirkan publisiti dan perniagaan," katanya.

Dalam entri yang sama, Annuar turut menjelaskan individu yang mahu memikul tanggungjawab sebagai Presiden KAFA perlu mengetahui mengurus pasukan secara keseluruhan dan tidak hanya fokus kepada The Red Warriors (TRW) sahaja.

Katanya, KAFA juga bertanggungjawab mengurus pasukan The President Warriors (TPW); The Young Warriors (TYW); Ahli Gabungan; Pasukan Futsal ; Pasukan Bola Sepak Wanita ; kejurulatihan dan pengadil.

"Untuk mengendalikan semua itu, KAFA memerlukan bajet tahunan tidak kuran dari RM12 juta atau kira-kira RM 1 juta sebulan.

"Saya percaya tokoh-tokoh yang menawarkan diri mampu melaksanakan tanggungjawab itu...Selamat Maju Jaya KAFA!," katanya.

Akhbar semalam melaporkan Presiden Kumpulan SecretLeaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan menawar diri bagi merebut jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tanpa mengenakan sebarang syarat.

Polis edar foto fit suspek tikam

PASIR MAS: Polis giat memburu seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki berusia 33 tahun dalam sebuah premis makanan segera di Gual Tinggi, Rantau Panjang, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad, berkata suspek yang diburu dikenali Saw Kim San berusia 31 tahun berasal dari Jalan Besar, Tumpat.

"Kita sedang mengesan suspek dalam kes terbabit dan percaya suspek masih berada di negeri ini.

"Kita meminta kerjasama orang ramai dan penduduk sekitar yang mengenali suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di talian 09 7932222.

 "Kita juga meminta suspek supaya tampil menyerah diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kekseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut perkara itu, Ibrahim berkata, siasatan awal terhadap kes terbabit adalah berpunca angkara cinta tiga segi.

Katanya, mangsa mati akibat menerima tikaman pada bahu kiri dengan menggunakan senjata tajam.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang lelaki maut ditikam di sebuah premis makanan segera di Gual Tinggi, pada jam 5.45 petang,  17 Ogos lalu.

Sebelum kejadian mangsa, Lee Boon Guan, 33 sedang menikmati makanan segera bersama seorang wanita berusia 30-an di tingkat satu premis berkenaan.
 
Ketika makan, seorang lelaki berusia 30-an yang membawa beg galas menghampiri mereka dan sempat berbual sebelum suspek mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa.

Selangor bila pula?

Hanya tinggal negeri Selangor yang masih belum menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya sudah pihaknya sudah berhubung dengan kerajaan negeri berkenaan IBR.

Katanya, namun sehingga kini kerajaan Selangor masih memberi tarikh untuk berbuat demikian.

"Kita harap (kerajaan negeri) Selangor memandang perkara ini dengan serius dan menyahut cabaran mahu semua negeri menandatangani IBR sebagai komitmen untuk pastikan pentadbiran negeri bersih daripada rasuah.

"SPRM sudah hubungi kerajaan negeri Selangor untuk tujuan berkenaan dan setakat ini mereka bersetuju melaksanakannya, namun mereka belum memberi tarikh. Kita berharap perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Lafaz dan Menandatangani IBRAR bersama Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim, di Kota Bharu, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Aset Isa mungkin di beku

Isa diiringi pegawai SPRM - pic by The Malaysian Insight
Kota Bharu: Ekoran penahanan bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV), Tan Sri Isa Samad, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) masih belum membuat keputusan untuk membekukan aset miliknya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, keputusan berhubung perkara itu akan dibuat menerusi keterangan yang diperoleh.

Katanya, siasatan terhadap kes berkenaan masih dijalankan.

"Berkenaan aset itu, kita belum tentukan sama ada mahu beku atau sebaliknya kerana ia bergantung kepada keterangan yang diperoleh.

" Saya perlu dapatkan maklumat lanjut dari pegawai penyiasat dan keputusan akan dibuat selepas perbincangan dijalankan," katanya selepas Majlis Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Menteri Besar Kelantan dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darulnaim di Kota Bharu tadi.

Hadir sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Semalam SPRM menahan Mohd Isa bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Padan muka! Catt Ginger ditahan polis

KUALA LUMPUR: Polis telah menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 'Catt Ginger' yang didakwa menghina Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Ketua Polis Negara Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara tersebut di laman Twitter rasminya memaklumkan tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Dalam status Facebook tersebut, pengguna yang menggunakan nama Facebook 'Catt Ginger' bertindak kurang ajar dengan memuat naik gambar Sultan Muhammad V yang telah disunting dengan gambar kurang sopan.

Pengguna Facebook itu turut meletakkan ucapan Selamat Hari Raya pada 25 Jun lepas yang merupakan hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Bagaimanapun, individu berkenaan difahamkan telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya pada 1 Julai lepas menafikan bahawa dia telah menghina Sultan Muhammad V selain telah membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). - Astro Awani

Kurang fasiliti alasan Alfredo

KOTA BHARU: Pengurus pasukan Kelantan, Alfredo Gonzalez enggan menyalahkan anak buahnya ekoran kekalan 0-2 kepada Sarawak sebaliknya menyalahkan kekurangan fasiliti yang dialami.

Alfredo berkata, ketiadaan tempat latihan yang sempurna menyebabkan pemain tidak dapt menjalani sesi latihan yang mencukupi.

"Kesilapan pasukan bukan satu dan banyak aspek yang perlu diperbaiki semula termasuk membabitkan fasiliti latihan yang menjadi asas utama kepada pasukan.

"Pemain bukan tidak berlatih, pemain datang berlatih tetapi mereka tidak mendapat asas latihan sempurna sehingga pasukan terpaksa berlatih di padang yang jauh pada bulan Ramadan.

"Dan selama masa itu pasukan tidak berlatih di Stadium Sultan Muhammad Ke IV kerana tidak dibenarkan disebabkan program Kerajaan Negeri... jadi siapa yang harus membayarnya? Kenapa menyalahkan kami juga ?," katanya dalam sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Dalam masa sama, Alfredo turut mempertahankan formasi yang diterapkan dalam perlawanan itu dan menyifatkan ia dilakukan sesuai dengan keadaan pasukan ketika ini.

"Jangan salahkan formasi, saya tahu keadaan pasukan dan perlu berbuat demikian bagi mengelakkan keadaan lebih teruk lagi berlaku.

"Selasa ini, TRW akan bertemu UITM FC bagi kempen Piala Malaysia dan kita akan segera atasi kelemahan itu," katanya.

Sementara itu, jurulatih Sarawak, David Usop berkata, kemenangan itu menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran Liga Super musim ini.

"Kemenangan ini dapat melegakan pasukan dan penyokong dari menyelamatkan diri dari zon merah.

"Walaupun menang dalam perlawanan di tempat lawan tetapi Sarawak masih belum mencipta kemenangan di laman sendiri, itu yang kita bimbang dan saya harap kemenangan kali ini dapat dijadikan motivasi bagi membaiki rekod pasukan," katanya.

Indra mahu rakan TRW gomo skuad Bujang Senang

Kredit gambar PFA Malaysia
KOTA BHARU: Penyerang The Red Warriors (TRW), Indra Putra Mahyuddin enggan membiarkan pasukan itu berada dalam 'mood suram' sebaliknya mahu rakan sepasukan kembali bekerja keras menuntut kemenangan terutama ketika melayan kunjungan pasukan Sarawak ke Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), dalam aksi Liga Super Sabtu ini.

TRW yang dibadai pelbagai isu dan kontroversi kini menghuni tangga ke-5 carta Liga Super selepas mencatatkan enam kemenangan dua seri dan lima kekalahan namun bagi penyerang berusia 35 tahun itu percaya skuad kijang merah masih mempunyai peluang pada pusingan kedua liga musim ini.

"Sejak semalam kami semua kembali ke padang untuk berlatih selepas bercuti sempena Aidilfitri dan pada sesi latihan itu rakan-rakan yang lain juga dilihat bersemangat dan bersedia bermain pada perlawanan nanti.

"Sebagai pemain sudah tentu setiap perlawanan kami mahu keputusan yang membanggakan tetapi kami tidak menjanjikan keputusan di luar jangkaan, kami hanya berkeyakinan akan memberi fokus dalam perlawanan nanti untuk mencipta kemenangan.

"Sebelum ini, beberapa perlawanan persahabatan turut diatur pada bulan puasa dan pasukan memenangi perlawanan terbabit dari situ saya yakin TRW sudah mendapat sentuhan baru bagi berdepan cabaran liga pusingan kedua nanti," katanya di sini, hari ini.

Ditanya mengenai kehadiran pemain import baharu pasukan, Abou Bakr El Mal, Indra berkata, pemain itu sudah mempunyai keserasian dengan rakan sepasukan selain dia mempunyai keistimewaan dalam memperdayakan pertahanan lawan.

"Abou seorang pemain berkaliber dan mudah bekerjasama dengan rakan-rakan. Saya percaya kehadirannya dapat meningkatkan prestasi pasukan.

Pada masa sama, pemain kelahiran Ipoh, Perak itu turut mengingatkan rakan sepasukannya agar tidak memandang rendah akan kemampuan skuad bujang senang yang kini menghuni tangga ke-10 dalam liga.

"Sarawak sebuah pasukan yang mampu mencipta kejutan meskipun beraksi di tempat lawan dan sebagai pemain perlu menganggap semua pasukan adalah pasukan terhebat agar terus fokus dalam sesebuah perlawanan.

"Kali terakhir mereka beraksi berdepan Perak dengan mencatat keputusan seri dan sudah pasti mereka berkunjung ke Kota Bharu dengan misi memburu tiga mata penuh," katanya.

Sambutan Aidilfitri meriah dikunjungi 10,000 orang pelbagai kaum

Orang ramai mengambil oeluang bergambar bersama pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat, Datuk Rosdi Ab Aziz
Tumpat: Kira-kira 10,000 orang mengunjungi rumah terbuka Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tumpat. Datuk Mohd Rosdi Abdul Aziz sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya di Kampung Kubang Batang di sini. Hari ini.

Majlis yang bermula jam 12 tengahari itu menjadi pilihan masyarakat pelbagai kaum dari kawasan Parlimen Tumpat.

Orang ramai yang hadir pada majlis sambutan Aidilfitri anjuran Datuk Mohd Rosdi di rumahnya di Kampung Kubang Batang Tumpat.
Menurut Mohd Rosdi, kunjungan masyarakat pelbagai kaum menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjurannya pada tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.

Katanya, kehadiran ramai pengunjung sempena sambutan Aidilfitri ini menunjukkan semangat penyatuan dan perpaduan yang teguh di kalangan masyarakat setempat.

"Saya melihat kesepaduan yang teguh di kalangan masyarakat pelbagai kaum dalam menjayakan majlis sambutan Aidilfitri dengan kehadiran mereka terus meningkat setiap tahun.

"Semangat penyatuan di kalangan masyarakat pelbagai kaum wajar dipertahankan dan dijadikan keutamaan kepada kita semua supaya terus bersatu padu," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri di rumahnya di Kampung Kubang Batang di sini, hari ini.

Beliau berkata, majlis sambutan Aidilfitri akan  diadakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Bharu, Pengkalan Kubor dan Pasir Pekan selepas ini bagi memberi peluang kepada orang ramai memeriahkan program itu di kawasan berkenaan.

Katanya. program yang diadakan dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan jentera sayap parti serta ahli di semua peringkat selain masyarakat setempat.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran orang ramai yang memberi sokongan dalam menjayakan sambutan Aidilfitri ini " katanya.

KAFA mahu Imam, enggan menyerah kalah

KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan berusaha melengkapkan dokumen yang diperlukan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) bagi menjamin pemain import baharu pasukan Kelantan, Seydi L Iman menyarung jersi pasukan itu.

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, pihaknya belum mahu mengangkat bendera putih sebaik mengetahui keputusan kegagalan pendaftaran pemain itu.

"Kami baru saja membaca kenyataan FMLLP (mengenai) kegagalan pendaftaran Seydi (Imam) di media sosial.

"Apa yang boleh saya katakan sekarang adalah akan terus mencuba supaya Seydi L Imam dapat bermain dengan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Afandi berkata, FMLLP harus memaklumkan kriteria yang diperlukan bagi meluluskan permohonan pendaftaran pemain import dari Perancis itu agar pihaknya dapat melengkapkannya.

"Ini kerana kita sudah membuat permohonan dan ianya ditolak. Jadi apa sahaja kriteria yang dikatakan tidak lengkap, kami akan lengkapkan.

"Buat masa ini kami akan cuba menyelesaikan isu status pemain (Imam) dahulu.

Dalam perkembangan sama, Afandi berkata KAFA juga berusaha sedaya upaya menyelesaikan beberapa isu lain termasuk tunggakan gaji pemain; Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Manakala isu-isu lain (tunggakan gaji, KKWSP, Perkeso dan LHDN) akan dibincangkan kemudian kerana masih ada lagi tempoh sehingga berakhir 31 Oktober ini,"katanya.

Alfredo Gonzalez dilantik Pengurus TRW

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) hari ini menampilkan beberapa watak baru bagi mengemudi pasukan The Red Warriors untuk mengharungi saki baki perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Naib Presidennya merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Negeri, Datuk Rosmadi Ismail dalam satu kenyataan media hari ini berkata satu rombakan dibuat memlibatkan beberapa jawatan penting di peringkat tertinggi pasukan itu.

Katanya, Alfredo Gonzales yang sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Teknikal pasukan hari ini dilantik selaku pengurus baharu bagi menggantikan tempatnya yang akan bertindak selaku Ketua Kontinjen, selepas ini.

Manakala, penolong pengurus yang juga Naib Presiden KAFA, Datuk Muhammad Nasir Hamzah masih kekal tetapi dengan jawatan Penolong Ketua Kontinjen.

"Jawatan Ketua Jurulatih kekal menjadi milik Zahasmi Ismail dan jawatan penolong serta pembantu penolong jurulatih juga turut dikekalkan.

“Bagi mengharungi baki perlawanan yg dirasakan semakin mencabar maka KAFA dan pengurusan pasukan perlu membuat perubahan dan penambahbaikan dengan mengambil pendekatan lebih profesional.

“Setiap individu yang berada dalam pasukan perlu memberi komitmen 100 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut perlantikan itu, Rosmadi berkata penerapan teknik bola sepak Amerika Latin dalam pasukan yang dibawa masuk oleh Gonzales pasti menuntut perubahan dalam setiap aspek pentadbiran pasukan.

“Pengurus pasukan merangkap pengarah teknikal berperanan dalam merancang, menyediakan dan mengadakan modul latihan. Beliau diberi tanggungjawab penuh dan akan dibantu ketua jurulatih dalam menyediakan satu pasukan mantap yang mampu bersaing dalam baki Liga Super dan kempen Piala Malaysia, musim ini.

“Malah, mereka akan bekerjasama dalam merencana dan mengimplementasikan setiap perkara melibatkan pasukan, bermula daripada sekarang,” katanya.

Tepung beras dan pulut terapung

Beribu paket tepung beras dan tepung pulut terapung di perairan jeti nelayan di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah sejak petang semalam.

Tepung berkenaan tercampak keluar dari satu daripada lima kontena yang ditunda beberapa bot  nelayan ke jeti berkenaan pagi semalam.

Kontena itu timbul di perairan kira kira 20 batu nautika dari pantai Telok Gong selepas kapal dagang MV Avatar yang dalam pelayaran dari Medan ke Batam, Indonesia karam di perairan antarabangsa Tanjung Kling pada Rabu lalu yang mengorbankan  kapten kapal berkenaan manakala 14 kru terselamat.

Pemilik bot nelayan yang menunda lima kontena itu, Mohd Asdie Ayob, 34, berkata beberapa botnya menunda kontena berkenaan dan usaha mengangkat kontena itu sedang diusahakan dengan kerjasama sebuah syarikat kren.

Ekspres Perdana labur RM16 Juta untuk 16 bas baru

Laili (berdiri dua kanan) menyerahkan sumbangan zakat kepada anak yatim pada program Iftar Ramadan dan majlis berbuka puasa Ekspres Perdana
Bachok: Ekspres Perdana menambah sebanyak 16 buah bas baru pada hujung tahun ini membabitkan nilai pelaburan berjumlah RM16 juta.

Pengarah Urusan Ekspres Perdana, Laili Ismail berkata, penambahan 16 bas jenis dua tingkat itu bagi memenuhi keperluan untuk laluan baru selain menggantikan operasi bas yang sudah berusia lima tahun.

Katanya, sudah menjadi komitmen dan inisiatif kepada pengurusan bagi memastikan Ekspres Perdana dapat meningkatkan perkhidmatan terbaik kepada penggunanya yang kini mencapai seramai 75,000 orang setiap bulan.

"Ekspres Perdana kini mempunyai 65 buah bas dengan laluan di semua ibu negeri di Semenanjung Malaysia dan dengan penambahan 16 bas baru pada penghujung tahun ini, ia menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 81 bas.

"Kita mengutamakan keselamatan dan keselesaan kepada pelanggan bas Ekspres Perdana sejajar dengan slogannya Selamat dan Selesa," katanya ketika ditemui selepas program Iftar Ramadan dan majlis berbuka puasa Ekspres Perdana di Mukim Teluk Mesira di sini, semalam.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan zakat kepada seramai 40 orang anak yatim dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM) Taman Sabariah Pengkalan Chepa selain penduduk miskin yang dikenal pasti dari beberapa kampung di kawasan sekitar daerah ini.
Laili beramah mesra dengan golongan warga emas yang hadir ke Iftar Ramadan dan majlis berbuka puasa Ekspres Perdana.

Laili berkata, Ekspres Perdana yang dimiliki Tiara Pesona Sdn Bhd (Tiara Pesona) mengutamakan aspek keselamatan kepada penumpang dengan memastikan pemandu bas berkenaan adalah mereka yang terlatih.

Katanya, tapisan ketat selain pemeriksaan dalaman dilakukan pihaknya keatas pemandu bas Ekspres Perdana bagi memastikan mereka tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

"Kita memantau pergerakan dan tahap kelajuan bas menerusi pemasangan alat GPS pada bas Ekspres Perdana bagi memastikan pemandu memandu secara berhemah dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Kursus pemanduan berhemah turut diadakan bagi meningkatkan tahap kemahiran pemandu bas Ekspres Perdana dan prestasi mereka sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program Iftar Ramadan dan majlis berbuka puasa ini adalah diadakan setiap tahun dengan meraikan anak yatim dan golongan asnaf serta penduduk setempat dari kawasan sekitar Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan daerah ini.

Katanya, sumbangan zakat ini diharap dapat meringankan beban golongan berkenaan selain memupuk semangat kekeluargaan dengan masyarakat yang memerlukan, sempena dengan Ramadan.

Weigang pergi buat selamanya

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Harimau Malaya, Karl-Heinz Weigang disahkan meninggal dunia di Jerman, akibat serangan jantung pagi tadi.

Weigang, 81, pernah melakarkan nama Malaysia dalam arena bola sepak dunia apabila membawa skuad kebangsaan ke Moscow, Rusia dalam temasya Sukan Olimpik tahun 1980.

Skuad kebangsaan ketika itu dibarisi pemain ternama negara seperti Khalid Ali, James Wong, Jamal Nasir dan Peter Rajah bagaimanapun terpaksa menarik diri daripda temasya sukan itu berikutan kerajaan Malaysia ketika itu memboikot Rusia kerana membantah serangan negara itu ke Afghanistan.

Weigang juga pernah membawa kejayaan kepada Perak pada tahun 1998 dan juga 2000 apabila membawa pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia.

Karier bola sepak terakhir beliau adalah bersama pasukan Perak pada musim 2016.

Remaja mati otak akibat diseksa

Georgetown: Seorang remaja lelaki kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang dalam keadaan mati otak selepas diseksa sekumpulan lelaki.

Mangsa, T. Navheen, 18, dipukul, diculik dan diliwat menggunakan objek tumpul yang tidak dikenal pasti menyebabkan kecederaan di bahagian kepala, pinggang dan tangan serta pendarahan di bahagian dubur yang menunjukkan kesan koyak akibat tusukan objek tumpul seperti botol di bahagian sulit mangsa.

Menurut ahli keluarga, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa dan rakannya terserempak dengan kumpulan lelaki terbabit di Island Glades kira-kira jam 11 malam.

Kumpulan lelaki berkenaan yang dipercayai bekas rakan sekolah mangsa kemudiannya bertindak memukul mangsa dengan topi keledar sebelum menculiknya dengan kereta.

Mangsa hanya ditemui beberapa jam kemudian dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta yang sama di Minden Heights iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa diculik.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, enam suspek telah ditahan setakat ini dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Terbang RM90,000 dirampas PPM Pengkalan Kubor

Pasir Puteh: Pasukan Polis Marin (PPM) Kelantan merampas 50 kotak mercun dan bunga api bernilai RM90,000 serbuan di sebuah stor di Kampung Chengal Batu, Pasir Puteh, semalam.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pengkalan Kubor, Asisten Superintendan Ahmad Amri Abd Rahman berkata, serbuan jam 5 petang itu dibuat selepas pihaknya membuat pemantauan selama dua minggu.

Katanya, sindiket menggunakan bot nelayan kecil mengambil bekalan dari negara jiran dan membawa masuk ke negara ini menerusi pantai di sekitar Pasir Puteh.

"Mereka menjalankan kerja menyeludup mercun dan bunga api pada waktu malam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya dalam sidang media di Martek Pasukan Polis Marin Tok Bali, hari ini.

Katanya, pemeriksaan menemui sebanyak 18 jenis mercun dan bunga api untuk pasaran tempatan mengikut permintaan pengguna termasuk jualan online.

Pelajar Tahfiz Maut dalam perjalanan ke Program Tafsir al-Quran

Kuala Krai: Enam pelajar Tahfiz Al Hashimi, Kampung Tualang, Kuala Krai yang maut dalam kemalangan selepas van dinaiki mereka terbabas merempuh sebuah rumah kejadian di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, enam pelajar berusia antara 14 hingga 18 tahun maut iaitu lima di lokasi kejadian dan seorang di Hospital Kuala Krai (HKK) akibat parah. Manakala, lapan yang lain termasuk dua guru pengiring mengalami kecederaan.

Antara mangsa yang maut, Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali,17 ;Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14; Sarifuddin Muhammad, 14 dan Ahmad Farhan Zulkifli, 14.

Mereka dalam perjalanan ke Program Tafsir al-Quran di Madinah Ramadan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Semoga Syurga ganjarannya - MB Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan takziah terhadap kejadian yang menimpa pelajar tahfiz Madrasah Tahfiz Al-Hashimi, Kg Telekong Kuala Krai pagi tadi.

Beliau mengakui terkejut mendengar berita mengenai kematian enam pelajar tahfiz terbabit.

"Saya dimaklumkan mereka dalam perjalanan ke Madinah Ramadan di sini, bagi mengikuti program Daurah al-Quran.

"Takziah diucapkan pelada semua keluarga mangsa kemalangan sama ada yang sudah meninggal dan masih dirawat di hospital.

Ahmad berkata, tidak ada kemuliaan melainkan memuliakan dan memartabatkan al-Quran dalam kehidupan.

"Semoga Allah menempatkan mereka semua di Syurga-Nya bersama para syuhada' dan solehin.

"Mudah-mudahan amalan akhir mereka dalam mempelajari Al-Quran diberi ganjaran yang berlipat ganda khasnya dibulan Ramadhan Al-Mubarak.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, van yang dinaiki 14 pelajar tahfiz terbabas dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu sebelum merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, pagi ini.

Mangsa yang maut ialah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17, Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14; Ahmad Farhan ZUlkifli, 14; dan seorang pelajar warga Thailand, Sarifuddin Muhammad.

Lima pelajar tahfiz maut

 Van terbabit merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai,Gambar Ihsan Pembaca
KUALA KRAI: Kejadian menyayat hati sekali lagi berlaku melibatkan pelajar tahfiz dan terbaharu, lima pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki mereka terbabas di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, van terbabit dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Kota Bharu sebelum terbabas merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj berkata, daripada maklumat awal, mangsa berusia 15 hingga 17 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Van dinaiki 14 pelajar tahfiz itu dalam perjalanan dari Kuala Krai ke arah Kota Bharu sebelum terbabas dan merempuh sebuah rumah di tepi jalan.

"Setakat ini seramai lima dilaporkan maut di tempat kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Krai.





Dua anggota Geng Wani maut

KOTA BHARU: Dua lelaki warga asing maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Salor Baru, semalam merupakan ahli kumpulan Geng Wani yang aktif sejak awal tahun, di sini.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad, berkata semakan yang dilakukan mendapati suspek terbabit dalam lapan kes samun bersenjata.

Katanya, modus operandi yang dijalankan sindiket itu adalah menyasarkan individu yang melakukan transaksi di bank sebelum memeras ugut mangsa di kawasan sunyi.

"Kita percaya kedua suspek yang ditembak mempunyai kaitan dengan kes samun di bandar ini termasuk kes membabitkan individu mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak di bank sebelum mereka bertindak melarikan wang itu.

"Suspek yang maut berumur diantara 35 hingga 45 tahun dan mereka berasal dari Indonesia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian malam tadi dua lelaki warga asing maut ditembak dalam kejadian kejar mengejar dan berbalas tembakan dengan pihak polis.

Dua diantara empat penjenayah yang terbabit dalam kejadian itu terbabit dengan kes samun dan memiliki rekod lampau selain dikehendaki pihak polis.

Din berkata, susulan kejadian itu pihak polis menyarankan individu yang mahu mengeluarkan wang berjumlah yang banyak memaklumkan kepada pihaknya untuk mendapatkan perlindungan.

"Sempena Aidilfitri yang akan tiba, orang ramai kerap melakukan transaksi di bank dengan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak.

"Orang ramai dinasihatkan lebih peka dengan persekitaran sekeliling dan jika perlu mereka boleh memaklumkan kepada pihak polis untuk mendapatkan perlindungan semasa transaksi dibuat," katanya.

FMLLP kaki putar belit?

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menempelak gerak kerja Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang dilihat semakin bercelaru.

Beliau juga mahu FMLLP menjelaskan sebab sebenar yang sekatan perpindahan yang dikenakan terhadap pemain import, Seydi Al Imam ke pasukan The Red Warriors (TRW).

Beliau menerusi entri terbaru laman Facebooknya, hari ini menyifatkan FMLLP memberikan kenyataan putar belit di media cetak mengenai sekatan perpindahan itu.

"Semakin jelas auta FMLLP, baru-baru ini mereka keluarkan kenyataan bahawa sekatan kepada KAFA kerana isu tunggakan gaji dan pendaftaran baru hanya boleh dibenar kalau ia tidak membabitkan kos tambahan.

"Semalam, mereka beri alasan hasil perpindahan tak dibelanja untuk selesai 'masalah' tanpa mereka siasat terlebih dahulu.

"Hari ini lain pula ceritanya, kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran pula," katanya.

Dalam masa sama, Annuar terus mempersoalkan gerak kerja FMLLP yang dilihat berat sebelah dengan merujuk pendaftaran pemain import Lubnan, Abou Bakr Al Mel yang dibolehkan untuk berdaftar baru-baru ini.

"Kalau itu alasan kenapa Abou Bakr boleh di daftar? adakah kerana perintah pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan (ia disebabkan) JDT (mahu) miliki Ghaddar maka budi bicara boleh pula digunakan? budi bicara siapa? diputuskan dalam mesyuarat mana? mana minitnya? atau kuasa individu?," soalnya.

Mengulas perkembangan sama, Annuar berkata jika sekatan perpindahan mahu dijalankan organisasi bola sepak swasta itu, ia perlu dengan undang-undang yang betul supaya tidak mengelirukan.

"Sekiranya sekatan yang belum KAFA lepasi sila batalkan perpindahan Ghaddar dan Bakr, kerana undang-undang mesti jelas dan konsisten.

"Dalam mesej (kenyataan) JDT jelas menyebut perpindahan (Ghaddar) bersifat 'win-win' supaya KAFA boleh membeli pemain baru, sekarang yang mana satu, sekarang ada 'claim' yang FMLLP mengguna budi bicara.

"Kalau begitu apa yang menghalang FMLLP menggunakan budi bicara bila Seydi menggantikan Celin yang cedera dan tidak cergas," katanya.

Semak dulu lah FMLLP!

KOTA BHARU: TindakanPerkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengagalkan pendaftaran pemain import baharu, Seydi Al Iman seolah mahu meranapkan pasukan The Red Warriors (TRW) dalam kancah bola sepak negara," ujar Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi entri terbarunya mempersoalkan profesionalisma organisasi bola sepak swasta itu kerana tidak mahu merujuk kepada pihak KAFA dahulu mengenai perkara itu.

Katanya, FMLLP perlu bertanya dulu KAFA kedudukan sebenar sebelum buat kenyataan supaya kelihatan lebih profesional dan tidak buat kenyataan yang salah.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, yuran perpindahan Mohammad Ghaddar ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diterima pihaknya setakat ini diguna untuk menjelaskan tunggakan gaji pemain TRW termasuk menandatangani pemain import Lubnan, Abou Bakr El Mal.

"Tahukah FMLLP kesemua duit dari JDT setakat ini semuanya diguna untuk (membayar) tunggakan gaji pemain dan 'Signing' pengganti Ghaddar dan tidak untuk (membeli) Seydi Imam.

Menyedari bahawa persatuan itu kekurangan kewangan, KAFA mengambil langkah penjimatan dengan meminjamkan pemain pertahanan pasukannya, Nik Shahrul Azim ke pasukan Liga Perdana, Negeri Sembilan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M), musim ini.

"Tahukah FMLLP, KAFA membuat penjimatan dengan meminjamkan pemain seperti Pak Nik (Nik Shahrul Azim) untuk memastikan KAFA tidak berbelanja secara berlebihan.

Dalam masa sama, Annuar mengulas lanjut mengenai desakan beberapa bekas pemain import yang menuntut baki gaji mereka.

Katanya, pemain terbabit mempunyai isu tertentu dengan KAFA dan ia hanya diselesaikan dengan proses tertentu.

"Tahukah FMLLP beberapa bekas pemain import yang tengah bising ada kes pertikaian tertentu dengan KAFA dan sedang melalui satu proses tertentu pilihan mereka sendiri.

Dalam masa sama, Annuar berkata sebarang pembelian pemain baharu yang tidak membabitkan kos tambahan adalah hak mutlak sesebuah pasukan.

"Kalau Abou Bakr dibenarkan daftar, apa asas nak halang Seydi sedangkan peraturan jelas menyebut 'Signing' yang tidak membabitkan kos tambahan dan penjimatan adalah hak pasukan.

"Atau FMLLP mahu kelab terus buang duit dengan kekalkan pemain yang sakit, tidak beraksi..supaya TRW yang sudah dipotong masa terus ranap dan tidak mampu bersaing..itukah arahan kerja FMLLP terhadap ahli gabungan KAFA ?

"Mengapa pula FMLLP membenarkan pemain KAFA berpindah kalau KAFA tak dibenarkan ganti mereka? Tolong jawab dengan profesional," katanya.

Semalam, BHSukan melaporkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dihalang untuk mengikat pemain import baharu, Seydi L Imam berikutan kekangan hutang masih membelenggu pasukan itu.

Tindakan itu adalah sebagai langkah susulan pihak Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) yang mendedahkan hanya menerima surat permohonan KAFA untuk seorang pemain luar negara yang ingin didaftar pada jendela perpindahan kedua yang berlangsung ketika ini.

Dugaan menjelang Ramadan

Pasir Mas: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Cherang Hangus, Lubok Jong, Pasir Mas, hari ini.

Kebakaran jam 1 tengah hari itu berlaku ketika penghuni pasangan suami isteri berusia 50-an tiada di rumah.

Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 minit tengah hari dan seramai 12 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik sampai pihaknya mendapati kebakaran sudah 80 peratus dan api cepat merebak kerana struktur binaan rumah daripada kayu dan cuaca panas.

"Kita menjalankan usaha memadam api yang mengambil masa sembilan minit.

"Tiada kehilangan nyawa kerana penghuni si suami dirawat di hospital akibat angin ahmar dan isteri keluar menoreh getah di kebun. Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Buang sampah dapat duit

Kota Bharu: Berita baik untuk rakyat Kelantan apabila Kerajaan Negeri akan menyediakan 'tong buang dan tebus' yang akan memberi pulangan wang tunai kepada pengguna.

Tong itu akan diletakkan di sekitar pasar raya di bandar Kota Bharu sebelum Aidilfitri ini.

Pengguna hanya buang sampah yang boleh dikitar semula termasuk botol air, barangan plastik dan tin.

Mereka perlu kumpul 50 unit sebelum membuang ke dalam tong untuk mendapatkan resit dan boleh ditebus dengan wang tunai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abd Fattah Mahmood berkata, inovasi itu adalah yg pertama di negara ini dan amat bangga kerana ia direka oleh anak Kelantan.

"Kita mahu mendidik masyarakat membuang sampah secara tersusun dan kitar semula dan mendapat faedah apabila boleh ditebua," katanya di sini, hari ini.

Kusangkakan musang, rupanya rimau..

Tanah Merah: Seekor harimau bintang betina yang membaham anjing penduduk, malam tadi, ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah ini di Ladang Kerilla, Tanah Merah.

Tiga jam masa diambil untuk menjinakkan haiwan liar seberat 50 kilogram itu yang disangkakan musang pada awalnya.

Pegawai Pertahanan Awam daerah, Staf Muda (PA), Mohd Fadli Hassan berkata, etika pasukan APM sampai, harimau betina itu bersembunyi di dalam saluran pembetung sepanjang kira-kira enam meter di sebuah kebun getah dalam ladang berkenaan.

"Anggota kami terpaksa memecahkan satu daripada empat saluran pembetung itu sebelum berjaya memerangkap dan menangkap harimau berkenaan.

"Bagaimanapun seekor anak harimau ini berjaya melepaskan diri daripada perangkap yang dipasang kerana pasukan operasi tidak sedar harimau ini ada anak," katanya.

Harimau itu akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut.

23 nelayan asing ditahan APMM

Pasir Puteh: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 23 nelayan warga asing dan merampas dua bot mengandungi hasil laut nilai RM2.5 juta di 70 batu nautika Pantai Sabak, Kota Bharu, semalam.

  Nelayan Vietnam itu berusia antara 16 hingga 64 tahun ditahan pada jam 7 pagi.

  Pegawai Memerintah KM Pekan Kapten Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata, nelayan berkenaan menaiki dua bot yang menggunakan nombor pendaftaran bot tempatan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

 "Kita memantau selama satu jam sebelum menahan mereka bersama dua bot dan merampas dua tan ikan campur, satu tan baja ikan dan 300 kilogram (kg) sotong bernilai RM2.5 juta.

  "Mereka dibawa ke jeti Maritim Malaysia Tok Bali dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan ikut Seksyen 15 Akta Perikanan yang boleh denda hingga RM1 juta untuk tekong dan RM100,000 untuk awak-awak.

  "Manakala, bot yang ditahan akan disita dan dilelong mengikut Seksyen 16 Akta Perikanan," katanya hari ini.

Akhirnya turun juga kau


Kota Bharu: Takut ditahan polis, seorang lelaki berusia 30-an sanggup menyorok di atas bumbung rumah penduduk hampir tujuh jam kejadian di Kampung Kedai Buloh, Jalan PCB.

Namun, lelaki yang dipercayai penagih dadah itu menyerah diri kepada polis pada jam 5.20 petang tadi selepas dipujuk ahli keluarga dan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, serbuan di sebuah rumah, lelaki berkenaan bersama tiga rakannya sebelum dia melarikan diri memanjat bumbung rumah.

"Lelaki itu menyerah diri kepada polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Pilu di Hari Guru

PASIR MAS: Seorang guru wanita meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika sambutan hari guru di Sekolah Kebangsaan Othman Talib (1) ,Tendong, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari tadi, mangsa, Naizura Mohamed, 42 dikatakan menyertai satu persembahan pentas bersama murid sekolah dan tiba-tiba rebah sebelum dibawa menaiki ambulans ke Klinik Kesihatan Tendong.

Guru Besar sekolah berkenaan, Zulhadi Mahamad berkata persembahan pentas yang disertainya adalah persembahan penutup majlis sambutan hari guru.

Katanya, sebelum acara bermula mangsa sudah kelihatan lesu dan rakan guru sudah memberi nasihat kepadanya untuk pulang berehat di rumah.

"Pagi tadi, muka arwah pucat dan letih semasa berkumpul bersama guru-guru lain di dewan sekolah sebelum acara sambutan bermula.

"Bimbang dengan keadaan itu, beberapa rakan guru menasihatnya untuk berehat di bilik guru dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah jika keadaannya tidak mengizinkan.

"Namun sebaik sahaja jamuan tengahari tadi, beliau meneruskan persembahan penutup bersama murid kelasnya dan tiba-tiba rebah ke lantai," katanya.

Zulhadi berkata keadaan itu mengejutkan warga guru dan tindakan pantas guru dengan memberikan bantuan penafasan (CPR) gagal menyelamatkannya.

"Sebaik dia rebah, ada di kalangan guru cuba memberikannya bantuan penafasan (CPR) tetapi gagal.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II) untuk dibedah siasat," katanya.

PAS sedia bincang dengan PKR

PASIR MAS: Perbincangan mengenai tahaluf siyasi antara PAS dan PKR boleh diadakan walaupun cadangan untuk memutuakan hubungan kedua parti itu sudah dipersetujui, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kesanggupan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS.

Katanya, tindakan itu merupakan satu usaha yang dilakukan Azmin untuk kebaikan parti pembangkang.

"Saya harap pertemuan dan perbincangan antara PAS dan PKR dapat menyelesaikan kekusutan yang melanda kedua parti ini.

"Bagi saya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berjumpa dengan Azmin jika mereka masih sayangkan kerjasama yang terjalin sebelum ini," katanya selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir, di sini, hari ini.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dilaporkan mahu duduk berbincang dengan Abdul Hadi bagi meneruskan kerjasama politik antara mereka.

Malah tindakan Azmin dilihat tepat selepas satu persatu PAS dikawasab seluruh negara melulukan usul memutuskan kerjasama politik.

Cadangan berkenaan juga dipersetujui dan diterima sebulat suara oleh muktamar parti itu di Kota Sarang Semut, Alor Setar Kedah yang berlangsung minggu lalu.

Dalam masa sama, ketika diminta mengulas mengenai pengekalan kedudukan exco dari PAS dalam kerajaan di Selangor, Ahmad berkata ia satu keputusan yang perlu dilakukan kerana setiap exco yang dipilih dilantik oleh rakyat.

"Tiada sebab untuk mereka diturunkan kerana jika masih mendapat perkenan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, kedudukan itu perlu dikekalkan," katanya

Mimpi petunjuk penemuan jenazah anak

Anggota polis mengangkat mayat Tuan Ahmad Syarizad
Kota Bharu: Gambaran kedai makan yang dijelmakan melalui mimpi seorang bapa merupakan petunjuk kepada penemuan anaknya yang sudah tiga hari menghilangkan diri.

Mayat Tuan Ahmad Syarizad Tuan Abdullah, 22, ditemui terapung di rumah rakit di Tambatan Diraja oleh orang awam kira-kira jam 8.55 malam tadi sebelum sepasukan anggota polis termasuk pasukan forensik dihubungi.

Bapa mangsa, Tuan Abdullah Tuan Mat, 52, berkata anaknya keluar dari rumahnya di Jalan Dusun Muda untuk solat Subuh di masjid berhampiran kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu dengan memakai kain pelikat.

Belau berkata anaknya itu mengalami masalah gangguan misteri dan sudah kerap hilang sejak beberapa tahun lalu kerana mendakwa mengikut seorang lelaki berjubah hitam.

"Sebelum keluar rumah pagi Ahad lalu, dia menangis dan meminta maaf dari ibunya dan turun ke masjid dan selepas itu langsung tidak balik ke rumah.

"Saya cuba mencarinya di masjid dan menemui kain pelikatnya yang diletakkan di lantai masjid dan saya mengesyaki anak saya hilang sekali lagi sebelum cuba mencarinya di beberapa tempat namun tidak menjumpainya," katanya.

Tuan Abdullah berkata beliau segera ke lokasi penemuan sebaik dimaklumkan seorang lagi anaknya yang mengetahui mengenai penemuan mayat melalui laman Facebook.

Perpisah Nyla dan Ujang sudah diberitahu lebih awal

Selepas mengambil tindakan memberhentikan serta-merta Ujang dianggap zalim oleh segelintir orang, penerbit majalah komik Upin & Ipin hari ini tampil memberi penjelasan lapor Malaysiakini
Menurut pegawai atasan Nyla Sdn Bhd - penerbit majalah animasi berkenaan - langkah pemberhentian Ujang dilakukan sebagai inisiatif mengehadkan perbelanjaan kos operasi syarikat.
Kata Tunku Maziah Tunku Mukhtar, Nyla bersetuju bekerjasama dengan Ujang pada penghujung 2009 dan mengambil kartunis itu sebagai penasihat dan editor majalah komik.
Katanya, perjanjian lisan tersebut adalah di antara Nyla dan Ujang saja, manakala Les Copaque Production Sdn Bhd - sebagai syarikat pemegang lesen Upin & Ipin - tidak terlibat langsung dalam perjanjian berkenaan.
"Ujang tidak disenaraikan sebagai pekerja bergaji Nyla, sebaliknya dibayar retainer fee setiap bulan untuk peranannya semenjak 2009," katanya hari ini.
Bagaimanapun, kata Tunku Maziah, pada Februari lalu Nyla membuat keputusan untuk mengubah corak persembahan majalah komik Upin & Ipin itu sebagai langkah meningkatkan lagi jumlah jualannya.
Tindakan itu, katanya, dibuat berdasarkan input daripada Les Copaque tetapi tidak dipersetujui oleh Ujang.
"Tetapi Nyla berpendapat perubahan itu adalah langkah yang terbaik demi kepentingan majalah komik ini.
"Oleh kerana Les Copaque mengambil peranan yang lebih aktif sebagai penasihat dan editor, peranan Ujang didapati berlebihan," katanya.
Tunku Maziah berkata demikian bagi mengulas isu pemberhentian serta-merta Ujang daripada syarikat Nyla seperti yang didedahkan kartunis berkenaan pada 5 Mei lalu.
Melalui Faceook, Ujang menyatakan rasa terkejut dan sedihnya apabila ditamatkan perkhidmatan sebagai perunding majalah komik Upin & Ipin.
Menurut anak kelahiran Negeri Sembilan itu, dia yang diberhentikan serta-merta mengakibatkan kehilangan punca rezeki untuk menanggung anak dan isteri yang sedang uzur.
tu mengundang kemarahan peminat yang mengikuti perkembangan kartunis yang mula popular menerusi majalah Gila-Gila itu.
Kata Tunku Maziah penamatan khidmat Ujang juga dibuat ekoran penurunan berterusan majalah komik berkenaan berterusan berbanding sebelumnya.
"Notis pemberitahuan mengenai hal berkenaan sudah dimaklumkan terlebih awal kepada Ujang. Justeru tidak timbul arahan pemecatan 24 jam seperti yang didakwa.
“Kami telah berterus terang memberitahu Ujang bahawa kami perlu mengurangkan kos operasi syarikat memandangkan kemerosotan jualan yang berterusan," katanya.
Tunku Maziah berkata, pada Februari lalu Ujang diberitahu bahawa khidmatanya tidak akan diperlukan tidak lama lagi.
“Ujang mengakui hakikat bahawa pemberhentiannya itu tidak dapat dielakkan. Kami selanjutnya telah mengesahkan kepadanya penamatan perkhidmatannya dalam pertengahan April,” katanya.
Tunku Maziah menjelaskan sepatutnya tidak timbul isu apabila perpisahan antara Nyla dan Ujang memang sudah dijangka.
Bagaimanapun, katanya, anggapan itu meleset sama sekali apabila Ujang bertindak menyebarkan perkara berkenaan di media sosial sekaligus menjejaskan reputasi syarikatnya.
“Pada sangkaan kami, ini adalah satu perpisahan secara mesra, memandangkan kami menepati perjanjian dengannya selama tujuh tahun yang lepas.
“Walaupun sumbangannya agak minimum, kami kecewa apabila Ujang memilih untuk mendatangkan aib kepada kami melalui Facebook, setelah mengambil cek untuk April pada 5 Mei 2017 dari pejabat kami,” katanya