KOTA BHARU: "Kami tidak kurniakan anugerah palsu," ujar Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Che Siti Wan Kembang, Tengku Fadzillah Hussin.
Beliau menafikan dakwaan majlis yang dianjurkan pihaknya pada 3 Mac lalu bertujuan mengurniakan darjah kebesaran kerabat diraja palsu, sebaliknya ia majlis penganugerahan sijil kepada ahli pertubuhan berkenaan.
Katanya, majlis itu tiada kaitan langsung dengan kerabat diraja negeri sebaliknya hanya untuk ahli pertubuhan sahaja.
"Memang majlis itu diadakan pihak kami pada tarikh yang dinyatakan tetapi objektifnya hanya mengurniakan sijil kepada ahli dengan pergurniaan gelaran 'Datuan'.
"Pada majlis sama, kami juga tidak meminta bayaran bagi mendapatkan gelaran itu seperti yang diviralkan," katanya ditemui, di sini, hari ini.
Terdahulu, pihaknya hari ini melakukan laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, dekat Pengkalan Chepa.
Semalam, media melaporkan polis Kelantan mengesan kegiatan satu pertubuhan yang dipercayai mengurniakan darjah kebesaran palsu yang mencurigakan pada awal bulan ini.
Ini terbukti apabila tiga individu termasuk pegawai kerajaan berusia antara 50 hingga 60 tahun membuat laporan polis selepas menerima satu majlis berkaitan diadakan di sebuah hotel di sini pada 3 Mac lalu.
Fadzilah berkata dakwaan yang diviralkan pada majlis itu menyuruh peserta memakai pakaian menyerupai kerabat diraja juga tidak benar.
"Peserta yang datang malam itu hanya memakai pakaian formal dan tidak menyerupai pakaian rasmi Istana kerana kami masih mengetahui undang-undang pada sebarang majlis penganugerahan.
"Kami berharap perkara ini dapat diselesaikan kerana ia sudah menjejaskan nama pertubuhan dan nama saya sendiri sebagai penganjur," katanya.