Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat tiga rumah di Kampung Melawi dan Kampung Bator Jelawat, Bachok, sempena Program Jom Bantu Rakyat.
Beliau tiba pada jam 9.35 pagi di rumah pertama dan meluangkan masa selama 10 minit melawat seorang warga emas wanita, Mek Nab Awang, 72.
Beliau kemudian melawat rumah kedua, Rohana Che Ali, 52, dan rumah ketiga, Mat Hassan Mohamad, 69.
Mereka bakal menerima rumah baru yang masing-masing bernilai RM56,000 sebuah.
Perdana Menteri tiba di Kelantan sejak semalam sempena lawatan kerja selama dua hari.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengajarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa.
Menerusi program ini, Perdana Menteri bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan wang tunai.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM141 juta bagi membina Hospital Bachok di Kampung Cabang Tiga Bator, Jelawat yang dijangka siap pada September 2019.
0 comments:
Post a Comment