KOTA BHARU: Mangsa keempat kemalangan jalan raya yang melibatkan dua kereta di Kilometer 31, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Tok Kaya, Pulai Chondong, di sini, petang semalam, meninggal dunia.
Yajid Ismail, 82, menjadi mangsa terbaru menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 11.30 pagi tadi, akibat kemalangan jalan raya itu.
Anak mangsa, Mohd Zahid Yajid, 47, berkata bapanya yang mengalami kecederaan parah di muka dan beberapa bahagian badan lain
dibawa ke HUSM pada jam 11 tadi.
"Manakala anak saudara, Mohd Zarith Haqeem, 5, terpaksa ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) HUSM akibat kecederaan parah dan masih tidak sedarkan diri.
"Keempat jenazah akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras di sini, jam 3 petang ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 3 petang semalam, tujuh sekeluarga yang menaiki kereta Proton Saga dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Kampung Teras, Kubang Kerian, untuk menghadiri majlis tahlil yang akan diadakan pada Jumaat ini.
Kereta Proton Saga yang dipandu Siti Rohani Yajid, 35, dari Kampung Sungai Satan, Jeli, hilang kawalan sebelum memasuki arah bertentangan dan bertembung kereta jenis Mercedes Benz.
Akibat pertembungan itu, Proton Saga terbabit terbakar dan menyebabkan kematian Siti Rohani serta ibu dan anak lelakinya, Azizah Zakaria, 72, dan Zairul Fitri Mohd Nizam, 11.
Home »
empat maut
,
kemalangan
,
machang
,
tok kaya
» Mangsa keempat nahas di Kampung Tok Kaya meninggal
0 comments:
Post a Comment