Kota Bharu: Tiada lokasi terbaharu di sahkan positif wabak selsema burung atau Avian Influenza (H5N1) di Kelantan.
Sehingga hari ini, sebanyak enam daerah yang disahkan dijangkiti wabak itu antaranya Kota Bharu sebanyak 14 lokasi, Pasir Mas (6), Tumpat (3), Tanah Merah (1), Bachok (1) dan Pasir Puteh (3) yang melibatkan 43 premis.
Menurut jurucakap Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, sehingga semalam sebanyak 31,353 ekor ternakan dan 12,267 telur sudah dilupuskan.
Katanya, pihaknya juga turut melakukan pemantauan malah turut mengambil sebanyak 3,012 daripada 502 pemilik.
"Pasukan petugas pelupusan digerakkan dengan segera untuk menangkap dan melupuskan kesemua unggas dalam radius satu kilometer di setiap lokasu yang dikesan berpenyakit.
"Kita juga menggerakkan pasukan pemantauan di kawasan 1 hingga 10 km radius dari setiap lokasi kejadian," katanya.
Beliau berkata, selain itu setiap sampel yang diambil dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh untuk ujian pengesahan virus.
Katanya, kini wabak itu sedang dikawal dalam radius 30 km dari lokasi pertama dikesan, Kampung Pulau Tebu dan juga enam jajahan yang lain.
"Kita juga bekerjasama dengan pihak berkuasa lain untuk melakukan sekatan jalan raya bagi memastikan tiada penyeludupan masuk atau keluar unggas.
"Memang kita tidak mahu perkara ini merebak dan sehingga hari ini keadaan masih terkawal.
"Orang ramai juga diminta melaporkan kepada JPV jika berlaku kematian terhadap ayam atau burung yang dibela," katanya.
--
Sent from Fast notepad
0 comments:
Post a Comment