Kuala Lumpur - Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol diusir keluar dari negara ini selewat-lewatnya pada 6 petang Isnin nanti.
Tindakan itu terpaksa diambil selepas beliau gagal menghadirkan diri di Kementerian Luar di sini, semalam.
Kegagalan itu juga menyebabkan Malaysia mengistiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dihargai di negara ini.
meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam, selewat-lewatnya pukul 6 petang Isnin ini, berikutan kegagalan menghadirkan diri di Kementerian Luar hari ini.
Ia merupakan tindakan pengusiran pertama kerajaan Malaysia terhadap duta selepas negara ini mencapai kemerdekaan pada 1957.
Kerajaan Malaysia juga turut mengenakan visa kepada rakyat Korea Utara yang ingin masuk ke negara ini dan akan menilai kembali hubungan dengan negara Republik itu.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Kang Chol diarahkan hadir ke Wisma Putra bagi membincangkan beberapa perkara bersama Timbalan Ketua Setiausaha Hubungan Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.
“Walau bagaimanapun, TYT Kang Chol mahupun pegawai kanan dari kedutaan tidak dapat menghadirkan diri ke Kementerian Luar.
“Oleh yang demikian, Kementerian Luar melalui Nota Diplomatik yang dihantar kepada Kedutaan DPRK (Korea Utara) telah memaklumkan bahawa TYT Kang Chol telah diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai Persona Non Grata.
“Beliau dikehendaki meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam dari masa mesyuarat tersebut, iaitu 6 petang, 4 Mac 2017,” katanya dalam satu kenyataan.
0 comments:
Post a Comment