Qayyim menerima hadiah yang disampaikan oleh pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra |
Kemenangan anak sulung daripada enam beradik itu membuktikan kecacatan sejak lahir yang dialaminya bukan penghalang untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Melor itu yang kini menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menyifatkan kemenangan itu amat bermakna selepas menduduki tempat kedua pada tilawah tahun lalu.
Muhammad Qayyim berkata, dia berminat dengan Al-Quran sejak berusia tiga tahun dan sejak kecil, ibunya Rozan Mohamed, 45, serta ayah, Sarimi Yusoff, 52, mengajarnya membaca Al-Quran.
"Sebaik masuk sekolah kebangsaan, saya mula mempelajari Al-Quran menggunakan braille yang diajar oleh guru mengaji dan bermula dari situ, saya tekad mahu mempelajari dengan lebih mendalam, selain menyertai pelbagai pertandingan tilawah.
"Ternyata usaha saya sejak dari sekolah rendah termasuk mendapat tunjuk ajar beberapa bekas qari kebangsaan di negeri ini tidak sia-sia apabila ia membuahkan hasil dalam keadaan diri saya yang tidak sempurna berbanding orang lain.
"Kejayaan ini amat bermakna dan menjadi pendorong serta pembakar semangat untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi," katanya ketika ditemui.
Muhammad Qayyim dan guru agama Maahad Syamsul Maarif (Perempuan) Pulai Chondong, Munirah Kasim, 50, masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah tilawah Al-Quran Kelantan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, pakej umrah, plak dan sijil penyertaan.
Hadiah disampaikan Pemangku Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Menerusi kemenangan itu, mereka akan mewakili Kelantan ke majlis tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan di Melaka, 2 April ini. - Berita Harian
0 comments:
Post a Comment