Kuala Lumpur : Ahli keluarga penumpang MH370 berusaha mengumpulkan dana RM15 juta bagi membiayai kumpulan persendirian dalam usaha mereka menjejaki kehilangan pesawat tersebut selepas tiga tahun.
Terdahulu, Malaysia, Australia dan China menangguhkan misi pencarian mereka selama tiga tahun di selatan Lautan Hindi pada 17 Januari lalu selepas gagal mengesan cebisan pesawat berkenaan.
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang itu dipercayai hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Beijing, China.
"Isteri salah seorang krew pesawat itu, Jacquita Gomes berkata, ahli keluarga yang lain tidak mempunyai pilihan selain bertindak sendiri dengan mengumpulkan dana bagi membiayai pencarian itu.
"Apa yang berlaku terhadap kehilangan pesawat MH370 masih lagi misteri dan ia tidak sepatutnya dibiarkan terus misteri, kami mahukan jawapan yang tepat," katanya.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya sebagai berkata, laporan akhir bersama maklumat dan analisis ke atas kehilangan pesawat terbabit akan diumumkan tahun ini.
Katanya, laporan yang bakal diumumkan itu berdasarkan data serta bukti yang diperolehi sepanjang misi pencarian.
"Sehingga hari ini, terdapat 27 serpihan daripada pesawat terbabit sudah ditemui termasuk dua serpihan yang ditemui di Afrika dua minggu lalu. Daripada penemuan itu, tiga daripadanya disahkan daripada pesawat MH370 dan lagi lima masih menunggu keputusan dan kita percaya ianya juga daripada pesawat terbabit.
"Walaupun misi pencarian ditangguhkan, kerajaan tidak berdiam diri dan masih berusaha mengesan bangkai pesawat tersebut. Ketika ini pakar antarabangsa berada di Australia dan masih mengkaji sama ada kemungkinan bangkai pesawat terbabit berada di utara daripada pencarian," katanya.
Home »
» Keluarga Lancar Tabung Kumpul Dana cari MH370
0 comments:
Post a Comment