Keluarga Tok Guru buat laporan polis

Kota Bharu: Kecewa dengan tindakan parti Amanah Negara (PAN) menggunakan nama bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam tajuk seminar yang bakal dilaksanakan pada 9 April nanti.

Anak ketiganya, Nik Adli Nik Abdul Aziz, 50, berkata, dia mewakili ahli keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

Katanya, mereka tidak bersetuju nama arwah bapanya digunakan dalam ceramah yang bakal dianjurkan parti itu.

"Saya terbaca laporan berita atas talian yang mendakwa PAN akan menganjurkan seminar dengan menggunakan nama arwah ayah untuk menarik sokongan orang ramai terhadap parti itu sedangkan kami sekeluarga tidak pernah bersetuju.

"Jadi saya mewakili ibu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak terpaksa melakukan laporan polis kerana ia sudah memberikan imej yang tidak baik kepada arwah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, hari ini.

Dalam laporan berita yang disiarkan Amanah Daily.com, akan menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 9 April depan sebagai ikrar parti itu untuk meneruskan kecemerlangan beliau dalam pemerintahan.

Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,bakal dianjurkan di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Sementara itu adiknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh berkata, dia tidak melarang mana-mana pihak yang yang berceramah menggunakan arwah bapanya.

Namun katanya, jika menganjurkan seminar dengan menggunakan nama bapanya sebagai tajuk adalah tidak dibenarkan sama sekali.

"Saya menganggap ia adalah satu penghinaan sedangkan ketika arwah masih hidup beliau istiqamah dalam perjuangan PAS," katanya.

0 comments:

Post a Comment