Kota Bharu: Gelaran anak arwah 'Tok Guru' tidak menjamin kemenangan kepada Nik Abduh Nik Abdul Aziz apabila beliau dilaporkan kalah teruk dalam pemilihan Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Pengkalan Chepa di sini, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen (MP) Pasir Mas itu, tewas kepada penyandang jawatan itu sebelum ini iaitu Dr Izani Husin yang juga merupakan MP Pengkalan Chepa untuk tempoh sehingga 2019.
Menurut sumber, Nik Abduh tewas teruk dengan hanya mengumpul 37 undi berbanding 207 undi yang diperoleh penyandang musim lalu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempertahankan jawatan yang disandang iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa, selepas diumumkan menang tanpa bertanding.
Mesyuarat agung itu dirasmikan Mohd Amar dan proses pengundian dikendalikan PAS Kawasan Tumpat.
Sumber berkata, Nik Mohamad Abduh menerima kekalahan itu dengan hati terbuka dan ia tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam PAS.
Home »
BERSATU
,
DAP
,
Kelantan
,
Mohd Amar
,
Nik Abduh
,
PAS
,
Pengkalan Chepa
» Anak 'Tok Guru' tak jamin Nik Abduh
0 comments:
Post a Comment