Husam dihalau, nafi dengar amaran

Kota Bharu: Ahli Dewang Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa diminta keluar dewan hari ini, kerana melanggar peraturan.

Arahan dikeluarkan oleh Speaker Datuk Abdullah Ya'kub, apabila Husam dilihat mencelah ucapan penggulungan titah Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-Iz Petra yang dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Husam berkata, pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Ahmad dilihat tidak demokratik kerana menghalangnya daripada mencelah.

Katanya, sejarah sudah dihalau sudah tercipta dibawah pimpinan Ahmad dan pemimpin PAS seperti takut dengan bayang sendiri.

"Rupanya, soalan mengenai kelayakan exco agama Kelantan harganya sangat mahal sehinggakan saya dihalau keluar dewan dengan diiringi bentara dan cokmar.

"Saya tidak mendengar amaran dan saya diiring keluar dewan undangan hanya dua tiga minit sebelum sidang ditamatkan," kata Husam lagi.

Sementara itu, Abdullah yang dipetik Harakah Daily berkata, beliau sudah memberi ruang secukupnya kepada mana-mana ADUN mengambil bahagian membahas dan tidak berbangkit mana-mana wakil rakyat diketepikan untuk mengambil bahagian sebagaimana didakwa Husam.

“Ketika ditangguh mesyuarat petang semalam ADUN Salor tidak bangun untuk mengambil bahagian. Namun apabila Timbalan Speaker Abdul Latif Abdul Rahman menangguh petang semalam baru ADUN terbabit bangun hendak berucap.

“Dan hari ini ADUN berkenaan bangun lagi hendak berucap ketika pihak kerajaan sedang menggulung perbahasan,” kata Abdullah.

Ketika beliau meminta anggota exco menggulung perbahasan titah diraja selepas persidangan berhenti rehat jam 11.05 tadi, Husam bangun untuk berucap, tambah Abdullah.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Datuk Hanifa Ahmad tidak memberi laluan memandangkan tempoh perbahasan sudah berakhir, jelasnya lagi.

Namun, Husam tetap berdiri dengan menyebut peraturan tetap dewan, ujar beliau.

0 comments:

Post a Comment