Nenek dapat anak pertama pad usi 73 tahun

Amritsar. Punjab: Seorang wanita berusia 73 tahun yang melahirkan anak pertamanya setahun lalu, mengaku menderita masalah kesihatan sejak bersalin pada usia yang sudah terlalu lanjut.
Sejak melahirkan anak pertamanya, Armaan, pada 19 April tahun lalu, Daljinder Kaur kini mengalami masalah darah tinggi dan sendi yang semakin lemah.
“Tekanan darah saya semakin buruk dan mudah letih sekarang. Doktor memberi ubat dan menasihatkan amalan pemakanan.
“Sejak Armaan mula merangkak, saya juga terpaksa ‘merangkak’ dan keadaan itu amat sukar. Rupanya menjaganya lebih sukar daripada sangkaan saya,” katanya yang melahirkan anak pertama itu selepas 46 tahun berkahwin.
Suaminya, Mohinder Singh Gill, 80, bersetuju mereka menjalani rawatan IVF selepas sekian lama gagal dalam usaha mendapatkan anak.
Mereka dibantu Dr Anurag Bishnoi, 43, yang menguruskan Klinik Kesuburan Kebangsaan di Hisar, India.
Anak mereka yang akan genap setahun bulan depan, cuma seberat 1.8 kg ketika dilahirkan namun kini, beratnya hanya 6.8 kg
Menurut Daljinder, dia sedar berat anaknya itu tidak mencukupi, mungkin kerana saya kurang memberinya makan (kerana sering tidak sihat) selepas berhenti memberi susu badan ketika dia berusia tiga bulan.
Wanita itu mengakui menjadi ibu pada usianya yang sudah lanjut itu amat sukar.
“Saya letih dan hanya dapat berehat apabila Armaan tidur.
“Saya dan suami sering tidak sihat kerana usia kami yang sudah lanjut namun perlu menjaga anak.
“Saya membuat hampir semua kerja dengan suami membantu setakat kemampuannya,” katanya.
Namun, Daljinder tidak menyesal sebaliknya terhibur dengan keletah anaknya.
“Ke mana saya pergi, dia akan merangkak datang, senyum kepada semua orang. Sepanjang hari saya bersamanya dan dia sayangkan bapanya,” katanya. - DM

0 comments:

Post a Comment