Mangsa kelima kemalangan kampung Tok Kaya meninggal

Kota Bharu: Mangsa kelima kemalangan dua kereta di Kampung Tok Kaya, Pulai Chondong, Machang, 4 petang Rabu lalu meninggal dunia.

Mangsa, Mohd Zarith Haqeem Mohd Asrulnizam, 5, menghembuskan nafas pada jam 5.30 petang tadi di ICU HUSM.

Kanak-kanak berkenaan yang mengalami cedera parah di muka dan badan dirawat di ICU.

Jenazah mangsa akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Teras, Binjai malam ini.

 Dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 31 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kampung Tok Kaya, Pulai Chondong, Machang, 4 petang Rabu lalu turut menyebabkan empat maut iaitu, Siti Rohani Yajid, 35, anaknya, Mohd Zahirul Fitri, 11, ibunya, Azizah Zakaria, 74, yang maut selepas kemalangan dan ayahnya, Yajid Ismail, 82, meninggal jam 11.30 pagi semalam di ICU HUSM.

0 comments:

Post a Comment