Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengambil inisiatif awal dengan membawa masuk dua tenaga import bagi memperkasakan pasukan itu untuk menghadapi saingan liga Malaysia (Liga M) musim ini
Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, Alfredo Carlos Gonzalez dari Uruguay akan bertindak Pengarah Teknikal yang akan membantu ketua jurulatih Zahasmi Ismail.
Katanya, Sanna Nyassi dari Amerika Syarikat pula akan menggantikan pemain import sedia ada, Alessandro Celin yang mengalami kecederaan jangka panjang.
"Zahasmi mahukan seorang pembantu yang mempunyai pengalaman luas diperingkat antarabangsa jadi sebagai penaja utama kita penuhi permintaan beliau.
"Beliau (Zahasmi) sudah dua kali memberitahu saya, dan sudah tentu ia adalah perkara mustahak yang perlu diambil berat," katanya ketika sidang media di Sutera Inn di sini, tadi.
Beliau berkata, pemilihan Alfredo dilihat tepat kerana beliau mempunyai rekod serta kredibiliti yang baik.
"Uruguay merupakan satu negara yang mengamalkan bola sepak, walaupun hanya tiga juta penduduk tetapi menduduki rangking ke 15 terbaik dunia.
"Selain itu Alfredo Gonzalez, juga mempunyai pengalaman yang luas sebagai pemain penyerang, jurulatih dan juga oengarah teknikal," katanya.
Annuar berkata, bagi Sanna pula ia hanya akan didaftarkan sekiranya Zahasmi berpuas hati dengan rekod perubatan serta persembahan yang dipamerkan pemain itu.
Katanya, jika menepati kesemua aspek yang ditetapkan Sanna akan didaftarkan pada jendela kedua pemindahan pemain yang akan dibuka Mei ini.
"Beliau akan bermain di belakang Mohammed Ghaddar dan akan membantu memperkasakan lagi pasukan selain memburu lebih banyak gol," katanya.