UMNO tawan Kelantan siapa bakal Menteri Besar?

Kota Bharu: UMNO dilihat mempunyai peluang yang cerah untuk menawan Kelantan daripada PAS jika berlaku pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan raya umum ke-14 (PRU 14).

Menurut penganalisis politik, Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, jika PAS dan Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk bertanding di Kelantan terdapat tiga faktor yang memberi kelebihan kepada UMNO untuk menang.

"Antara faktor utama adalah kegagalan kerajaan PAS mengatasi masalah rakyat dan membangunkan Kelantan dan perkara itu menyebabkan rakyat mahukan perubahan kerajaan.

"Selain parti dan kewangan UMNO kukuh, pemimpin UMNO tempatan lebih peka dengan masalah yang dihadapi rakyat dibawah pemerintahan kerajaan PAS," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya.

Beliau berkata, Bersatu dan Amanah mampu menggugat jika mereka mendekati rakyat negeri itu secara menyeluruh dan bukan hanya tertumpu di Kelantan Utara sahaja.

"Amanah dan Bersatu semakin mendapat di hati rakyat terutamanya dalam kalangan pengundi muda yang berusia 21 hingga 40 tahun namun kepimpinan yang ada tidak cukup kuat.

"Aktiviti ceramah yang dianjurkan cukup banyak tetapi dengan menampilkan peceramah sama dan hanya tertumpu dikawasan bandar sahaja.

Mohamad Agus berkata, PAS perlu mengubah pendekatan kempen dan ceramah mereka jika mahu mendapat tempat di hati rakyat.

Katanya, setiap isu rakyat perlu dijawab dengan berhemah dan berfakta selain mereka perlu berpijak di alam nyata.

"Saya akui PAS mempunyai sokongan akar umbi yang teguh dan penyokong tegarnya kekal atas alasan ia adalah parti agama, namun penyokong tegar setiap parti sekitar 20 peratus sahaja.

"40 peratus  40% pengundi luar Kelantan ini adalah pengundi atas pagar dan PAS perlu tahu bahawa pengundi luar adalah rasional yang memerhati kepada calon dan isu," katanya.

Diakhir kenyataan itu, beliau sempat meninggalkan pertanyaan siapakah bakal Menteri Besar Kelantan jika UMNO berjaya memerintah negeri itu.

0 comments:

Post a Comment