Tak berhati perut..!

Kuala Krai: Seorang wanita ditemui maut selepas dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Mengkebang, Jalan Batu Lada, di sini, petang tadi.

Rokiah Mamat, 61, ditemui oleh anak lelakinya yang berusia 30-an pada jam 3.30 petang dalam keadaan tertiarap di bahagian dapur rumah.

Wanita itu dipercayai ditikam dengan menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, anak mangsa yang bekerja sebagai guru baru pulang mengajar di sebuah sekolah dan sebaik sampai di halaman rumah dia membunyikan hon kereta.

Katanya, mangsa tidak keluar dari rumah selepas hon kereta dibunyikan dan anaknya melihat pintu di bahagian dapur rumah ibunya terbuka dan melihat ibunya tertiarap dalam keadaan berdarah di belakang badan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


0 comments:

Post a Comment