GEORGETOWN: Berikutan tersebar beberapa keping gambar intim mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, dengan wanita dipercayai bekas calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya.
Gambar yang tersebar itu menunjukkan pasangan terbabit sedang menikmati makan malam dan bercumbuan mula tular di laman sosial, hari ini.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan, berkata mereka wajar tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan salah faham.
"Kita tidak mahu perkara itu menjadi fitnah sedikit masa lagi, jadi seeloknya jika mereka tampil memberi penjelasan.
"Jika gambar yang tersebar itu palsu, mereka tidak perlu takut kerana ia mungkin dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Hari ini, kecoh dilaman sosial apabila beberapa gambar intim yang didakwa menyerupai Zairil dan Dyana Sofya dalam aksi mesra termasuk berpelukan dan bercumbu dipercayai sedang menikmati minum keras di sebuah restoran tersebar.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang tersebar:
0 comments:
Post a Comment