Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran di Lorong Chicha, Berek 12, hari ini. |
Kejadian itu berlaku pada 12.50 tengah hari, hari ini, membabitkan rumah separa kekal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 12.58 tengah hari.
Katanya sebaik tiba ditempat kejadian keadaan api sudah marak dan memusnahkan sebahagian rumah di kawasan itu.
"Api merebak terlalu cepat kerana struktur binaan rumah menggunakan kayu dan kediaman terlalu dekat di antara satu sama lain.
"Seramai 30 anggota dari Balai Kota Bharu terbabit dalam operasi mengawal kebakaran.
"Kebakaran dapat dikawal dalam masa setengah jam. Kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan kami," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
0 comments:
Post a Comment