Bachok: Seorang lelaki parah di bahu kanan dipercayai terkena tembakan dalam kejadian di Kampung Permatang Pasir, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 25 tahun itu masih kritikal dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.45 petang.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati, sebelum terjadinya tembak menembak berlaku adegan kejar-mengejar antara Proton Waja ini dengan Toyota Vios berwarna hitam.
"Tembakan dipercayai dilepaskan oleh individu berada di dalam kereta Toyota Vios," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.
Din berkata, mangsa menaiki Proton Waja turut menggunakan senjata parang dalam usahanya untuk menyelamatkan diri.
Katanya, turut menaiki Waja adalah dua lagi lelaki yang berjaya melarikan diri.
"Kita sudah mengenal pasti suspek yang menaiki Toyota Vios yang berkemungkinan dua ke tiga orang.
Kes itu disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971.
0 comments:
Post a Comment