Putus dengan PKR dibahaskan hujung minggu ini

KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan akan membahaskan isu yang diusulkan beberapa bahagiannya mengenai kerjasama dengan PKR hujung minggu ini.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, berkata walaupun isu itu agak panas  namun perbincangan akan berjalan seperti biasa.

Katanya, ia adalah dasar PAS dalam membincangkan dengan berdisiplin.

"Meskipun isu itu agak populat, namun perbahasan akan berlangsung dalam suasana yang harmoni dan aman.

"Budaya dalam PAS adalah berbahas dengan disiplin dan patuh pada pimpinan serta sebagainya," katanya dalam sidang media selepas sarapan pagi bersama media di sini pagi tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu enggan mengulas sama ada isu itu penting atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun katanya, PAS Kelantan akur dengan keputusan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memutuskan hubungan kerjasama dengan Pakata Harapan.

"Kita (PAS Kelantan) tetap menyokong apa saja keputusan yang dibuat oleh pimpinan pusat. Kalau beliau kata tak ada, tak ada lah.

"Pakatan Harapan lain, kerjasama atau tahaluf siyasi dengan PKR masih berjalan, itu kenyataan dibuat oleh Datuk Tuan Ibrahim yang saya faham. Tiada kerjasama dengan Pakatan Harapan namun hubungan yang terjalin dengan PKR sehingga kini masih kekal," katanya.

Usul memutuskan hubungan dengan PKR menjadi perhatian ramai selepas Dewan Pemuda PAS kawasan Tumpat mengusulkan isu terbabit.

0 comments:

Post a Comment