Mejar (B) Md Anizam menunjukkan gerak tari silat kepada tetamu yang hadir |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md Anizam Ab Rahman menjangkakan lebih 5,000 pengunjung dijangka hadir.
Katanya, festival yang akan diadakan di Gelanggang Seni, di sini, adalah untuk beri pendedahan kepada golongan muda.
"Sehingga hari ini sudah enam negeri mengesahkan menyertai festival silat itu antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Wilayah Persekutuan.
"Ia merupakan penganjuran keempat dan tahun ini tema yang kita bawa adalah 'Kelantan Di Hati'," katanya.
"Pada hari berkenaan satu perarakan masuk sejauh 1.5 kilometer diadakan oleh pesilat yang mengenakan pakaian busana tradisional silat selain mereka diringi dengan paluan gendang bermula jam 9 pagi 22 April," katanya.
Beliau berkata, pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM600 bagi juara manakala RM500 bagi naib juara.
"Seni silat ini antara lain dapat memupuk diri untuk terus sihat kerana pesilat memerlukan badan yang cergas untuk beraksi.
"Diharap program ini mendapat sambutan orang ramai kerana ia tidak mengenakan sebarang bayaran dan kami galakkan ibubapa membawa anak masing-masing bagi memberi pendedahan tentang warisan seni budaya Melayu," katanya.
0 comments:
Post a Comment