KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak perbandingan epal dengan epal yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, perbandingan pemerintahan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun M tidak sama seperti membandingkan epal dengan epal.
Katanya, perbandingan itu hanya sesuai diguna pakai oleh Tun M yang lebih bersifat diktator semasa pemerintahannya.
"Ramai pemimpin kerajaan dibawahnya di gulingkan semasa Tun M menjadi Perdana Menteri dan beliau membawa bersamanya banyak beban.
“Jadi membandingkan Perdana Menteri dengan Tun Dr Mahathir hanya menjadi negatif untuk Najib,” katanya menerusi catatan di blog https://sskeruak.blogspot.my/.
Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, media antarabangsa turut menuduh Dr Mahathir membazirkan RM100 bilion wang negara dengan anggaran lebih RM100 bilion mengalami ‘ketirisan’.
“Ia telah diterbitkan dalam bentuk buku dan merupakan satu lagi legasi beliau,” tambahnya.
Tegas beliau, pada tahun 1969, Dr Mahathir juga menuduh Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman menjadi ‘kekasih Cina’ dan kini membuat dakwaan yang sama terhadap Najib.
“Pada tahun 2013, Mahathir menuduh Najib mengabaikan orang Melayu dan memenuhi kehendak Cina sedangkan orang Melayu yang menyokong UMNO.
“Pastinya Najib tidak boleh dibandingkan dengan Mahathir,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment