KOTA BHARU: Bekas penyerang kebangsaan era 90 an, Hashim Mustafa meramalkan pasukan Negeri Sembilan bakal bertemu pasukan gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim pada perlawanan akhir Piala FA musim ini.
Ramalan itu dibuat selepas terdapat kelebihan terhadap kedua-dua pasukan dan isu yang dihadapi pasukan lain termasuk perletakan jawatan Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih Kedah musim ini
Hashim berkata jika dilihat kepada persiapan pasukan untuk menghadapi perlawanan akhir, beliau menjangkakan JDT mempunyai kelebihan berkenaan.
"Melihat kepada persediaan pastinya JDT sudah melakukannya terlebih awal dengan merehatkan beberapa tonggak pemain mereka dalam beberapa perlawanan Liga Super sebelum ini.
"Pemain yang direhatkan mempunyai pengalaman dalam perlawanan akhir dan pastinya JDT akan menggunakan khidmat mereka ini sepenuhnya nanti.
Pengendali The Young Warriors berusia 59 tahun itu berkata bagi pasukan Negeri Sembilan mempunyai persediaan pasukan lengkap musim ini selain pasukan itu tidak dibayangi sebarang isu.
Meskipun beraksi di Liga Perdana, Hashim percaya pendahulu liga itu mampu mengekalkan kejuaraan selepas mengutip tiga mata di Stadium Likas pada 1 April lalu.
"Peluang lebih cerah terhadap Negeri Sembilan kerana mereka dibarisi pemain muda yang berbakat ditambah pula mereka memiliki pemain import seperti Simic Marko dan Bruno Suzuki.
"Jadi jika Sabah mahukan kemenangan, mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan lebih jaringan di hadapan penonton lawan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini," katanya.
Pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA yang berlangsung malam ini, enam pasukan bakal berentap bagi merebut kemaraan ke separuh akhir nanti.
Negeri Sembilan menerima kunjungan skuad Sang Badak di Stadium Likas malam ini, manakala Sarawak menerima kunjungan Terengganu di Stadium Kuching dan pasukan PKNP menerima kunjungan skuad Helang Merah, Kedah di Stadium Ipoh.
Home »
» Hashim ramal Negeri Sembilan bertemu JDT saingan Piala FA
0 comments:
Post a Comment