Heret 4 anak jual dadah, bangang punya bapak!

Kota Bharu: Bagi mengaburi pandangan dari pihak berkuasa, urusan jual beli dadah dibuat dengan membawa empat anak yang masih kanak-kanak.

Bagaimanapun taktik itu berjaya dihidu pihak berkuasa dan sepasang suami isteri berusia 32 dan 38 tahun ditahan ketika sedang menunggu pelanggan di dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Melor.

Tangkapan dibuat jam 10.10 malam Sabtu lalu dan hasil pemeriksaan dalam kenderaan jenis Proton Wira yang digunakan suspek, polis menemui 40 botol dadah disyaki Heroin seberat 160 gram.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner, Din Ahmad, berkata kesemua dadah itu ditemui di bawah alas kaki pemandu dan anggaran nilai semasa dadah terbabit berjumlah RM80,000.

"Kita percaya dadah itu diseludup dari negara jiran dan suspek yang bergerak di bawah Sindiket Madi itu aktif sejak awal tahun ini.

"Ujian saringan dibuat mendapati suspek lelaki positif Morfin manakala isterinya negatif dan kita sedang menyiasat sama ada wanita itu terbabit atau pun tidak dalam kegiatan pengedaran dadah yang dilakukan suaminya," katanya.

Kedua-dua suspek ditahan reman selama seminggu dan kes disiasat di bawah Sekyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

0 comments:

Post a Comment