Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang |
Beliau berkata demikian selepas diajukan soalan mengenai kesan yang dibawa oleh parti serpihan UMNO, Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal membawa perpecahan kepada pengundi melayu.
"Kuasa politik orang melayu di negara ini adalah PAS dan UMNO, jika mahu mengundi pilihlah kedua parti ini.
"Kita sentiasa terbuka kepada mana-mana parti yang ingin bersama PAS, tetapi dengan syarat mereka menerima Islam," katanya.
PPBM ditubuhkan kurang setahun lalu oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba untuk memecahkan undi melayu di negara ini.
Mengulas mengenai memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR, Hadi berkata, ia akan dibincangkan dalam muktamar PAS yang akan datang nanti.
Katanya, namun begitu kerjasama antara PAS dan UMNO adalah berdasarkan ta'awun iaitu hanya bekerjasama terhadap perkara yang membawa kebaikan.
"Kami bukan bermusuh 24 jam, ada ketikanya kita bekerjasama demi kepentingan rakyat," katanya.
0 comments:
Post a Comment