Beliau juga turut mengingatkan orang bukan Islam agar tidak mencampuri urusan orang Islam di negara ini.
Katanya, orang bukan Islam tidak perlu mengajar orang Islam cara mengukuh undang-undang Islam.
"Mereka jangan cuba ajar kita bagaimana untuk memperkukuhkan undang-undang agama kita. Kita tidak berhasrat untuk menyentuh agama lain.
"Tolong hormati agama kami jika mahu kami menghormati agama anda. Saya tidak berhajat mahu cabar sesiapa.
Beliau berkata, perkara yang baik untuk umat Islam tidak harus dipersoalkan dan orang Islam perlu bertanya pada orang yang arif.
"Perlu ke kita tanya pada orang lain yang tidak satu akidah dengan kita setakat mana harus ambil wuduk? "Sampai siku atau lengan? Bukan hak mereka untuk ambil tahu, itu ibadah kita.
"Apatah lagi apabila mereka pertikai bagaimana kita rukuk dan sujud. Saya tidak menyentuh apa-apa perundangan tetapi secara umumnya begitu," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Konvensyen MRSM Ulul Albab 2017 di sini, sebentar tadi.
0 comments:
Post a Comment