Kota Bharu: Pejabat Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, dipecah masuk menyebabkan sejumlah wang dan dua cincin zamrud milik kakitangannya hilang.
Kejadian disedari Setiausaha Sulit Menteri Besar Ahmad Syazwan Muhammad Hassan ketika ke pejabat itu, 7.50 pagi tadi.
Dipercayai penceroboh menjadikan cermin tingkap sebagai laluan memasuki pejabat berkenaan dengan mengumpilnya
Terdapat juga kesan umpilan pada laci dan rak besi malah dokumen dan surat di atas meja juga berselerak.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Bharu pada 8.19 pagi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut diserahkan untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
0 comments:
Post a Comment