Rampasan itu dilakukan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) pada isnin lalu jam 2.30 di Jalan Padang Melintang, Tawang Bachok.
Komander AKSEM Kelantan Mohd Asri Yahya berkata, rokok berkenaan dikesan berada di dalam sebuah lori tiga tan yang ditinggalkan selama dua hari di tepi jalan.
Katanya, hasil risikan dan maklumat orang awam mendapati lori berkenaan ditinggalkan suspek berikutan sudah menghidu operasi pihaknya.
"Rokok jenama baru, Zon King diseludup dari negara jiran dan akan dibawa ke Johor Bharu untuk pasaran buruh warga Myanmar.
"Kita percaya mereka membawa masuk rokok berkenaan melalui jalan laut menggunakan bot yang mendarat di Pantai Melawi, Bachok sebelum di bawa naik lori berkenaan," katanya.
"Rokok bersama lori berkenaan kemudian diserahkan kepada Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967 kerana kesalahan membawa barang larangan," katanya.
Dalam pada itu, AKSEM Kelantan akan melakukan operasi besar-besaran sempenan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi mengekang aktiviti penyeludupan mercun.
0 comments:
Post a Comment