Dzarifah (dua kiri) bersama anaknya Izzat menerima kunjungan daripada POKB |
Lebih malang, dia juga turut mengenangkan nasib yang bakal menimpa anak sulungnya, Wan Izzat, 25, apabila menghidap penyakit hemofili atau darah cair sejak berusia lapan bulan serta sawan dan tibi.
Katanya, kini nasib mereka bergantung harap pada suaminya, Wan Din Wan Ali, 49, dalam menguruskan keperluan harian mereka serta lima anaknya yang lain.
"Lebih merisaukan apabila suami terpaksa berhenti kerja sebagai tukang kebun sekolah sejak awal bulan ini kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada saya dan Izzat.
"Saya disahkan menghidap kanser pada 15 Mac lalu selepas melakukan pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana berat badan turun mendadak selain sentiasa sakit.
"Pembedahan dilakukan seminggu selepas disahkan menghidap kanser, dan suami memilih untuk berhenti kerja bagi menjaga saya serta anak," katanya.
Katanya, anak sulungnya itu sebelum ini boleh berjalan normal, namun sebaik sahaja disahkan menghidap tibi beberapa bulan lalu kakinya menjadi lemah.
"Pada mulanya agak bimbang jika Wan Izzat tidak dapat berjalan seperti sebelum ini, namun sebaik mendapatkan pandangan doktor, saya bersyukur kerana dia (anaknya) boleh berjalan dengan melakukan fisioterapi.
"Sebelum ini, sebulan sekali kami akan bawa Wan Izzat ke HRPZ II untuk fisioterapi, namun selepas saya menghidap kanser, dia (Wan Izzat) tidak mahu menjalani rawatan terbabit kerana tidak mahu menyusahkan bapanya," katanya.
0 comments:
Post a Comment