Dirogol konon..!

Kota Bharu: Bimbang perbuatan sumbang bersama teman lelaki terbongkar, seorang remaja perempuan sanggup berdalih mengatakan dia dirogol seorang pemandu teksi.

Remaja yang berusia 15 tahun terbabit sebelum itu meluangkan masa bersama teman lelakinya di Dabong, Kuala Krai semalam dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning, berkata bimbang perbuatannya itu terdedah, dia membuat laporan palsu dengan mengaitkan seorang pemandu teksi merogolnya semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketereh.

“Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata dan siasatan polis mendapati tidak wujud pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes terbabit,” katanya sambil memaklumkan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang berjalan.

Berita mengenai remaja itu yang kononnya menjadi mangsa rogol oleh seorang pemandu teksi menjadi viral di laman sosial facebook sejak dan dia dalam keadaan menangis ditinggalkan di tepi jalan di Tanah Merah.

0 comments:

Post a Comment