Alor Setar: Seorang kanak-kanak lelaki didakwa menjadi mangsa dera di sebuah pusat asuhan prasekolah di Jalan Kuala Kedah, di sini, sejak awal Januari lalu.
Perkara itu disedari ibu kanak-kanak itu, Salmi Mohd Yaacob, 37, yang ternampak kesan lebam pada paha kanan Muhammad Syahmi Haziq Syaari, 5, selepas pulang dari pusat asuhan berkenaan
Beliau yang juga seorang jururawat nekad berhenti kerja, baru-baru ini demi menumpukan perhatian menjaga anaknya disebabkan insiden itu.
Bukan sahaja dipercayai berlaku penderaan, beliau juga mendakwa pekerja pusat asuhan itu juga mengabaikan tugas kerana anaknya pernah pulang ke rumah dalam keadaan seluar basah kerana terkencing dalam seluar.
0 comments:
Post a Comment