KUALA LUMPUR: Akibat kelihatan lebih mesra dengan UMNO, PAS pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat tidak lagi mewarisi pemikiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor, Wan Ji Wan Hussin berkata, parti Islam itu kini tidak mampu melihat siapa kawan dan siapa lawan mereka.
Katanya, perkara itu jauh berbeza ketika Allahyarham Nik Aziz masih hidup apabila beliau lebih fokus pada satu musuh iaitu UMNO dan Barisan Nasional.
"Saya rasa politik Nik Aziz unik. Saya nampak dia tahu mana musuh, mana kawan. Dia jelas, dia tahu Umno itu jahat. Jadi dia tak berkawan (dengan Umno). Dia fokus mana musuh mana lawan.
“Nik Aziz berjaya manfaatkan akal dalam agama dan berpolitik. Dia seorang berfikiran positif.
"Saya nampak yang ini (pemikiran Nik Aziz) tidak ada dalam PAS. PAS pun keliru mana satu lawan ke musuh,” katanya pada Seminar Pemikiran Nik Aziz di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor semalam.
PAS dilihat mengambil pendekatan lebih mesra dengan UMNO selepas menyingkirkan pemimpin yang mahu meneruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam muktamar 2015 lalu.
PAS juga menolak sebarang kerjasama dengan beberapa parti pembangkang.
Wan Ji berkata selain Nik Aziz, seorang lagi pemimpin yang dikagumi dan dianggap hebat ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nik Aziz datang ke Kelantan pada pemerintahan Dr Mahathir. Dr Mahathir hebat, tiba-tiba Kelantan susah nak jatuh. Nik Aziz hebat. Musuh dia hebat.
“Saya percaya pilihan raya akan datang BN akan jatuh dengan kehadiran Dr Mahathir dalam PH,” katanya.
Wan Ji juga mencadangkan pemikiran Nik Aziz diteruskan dengan mewujudkan institusi Nik Aziz.
“Saya cadang pemikiran Nik Aziz ini bukan semata-mata diseminarkan tetapi diinstitusikan pada masa akan datang,” katanya.
Antara gemuloh Nik Aziz & Haji Hadi sama sahaja, kedua-duanya berI'ttiqad (yakin qalbu-akal) Syirik - Non Muslim :
ReplyDelete... Pemikiran dari I'ttiqad (yakin qalbu-akal) gemuloh Nik Aziz adalah I'ttiqad Yahudi (al-Yahudi) - Syirik : merampas, mendahului, sekutui, serta diadakan tandingan & bandingan bagi hak-hak mutlak zat Allah - Non Muslim,
... Pemikinan dari I'ttiqad (yakin qalbu-akal) Haji Hadi adalah I'ttiqad Syiah (Syaieyah) - Syirik : menafi, membatal, menentang takdir (qada' & qadar) Allah yang juga merupakan hak-hak kekuasaan mutlak zat Allah berlakunya.
///
AbSY
Pas hadi awang mengecewe kan
ReplyDeleteLawakla
ReplyDelete