Sibu – Lapangan Terbang Sibu akan ditutup sehingga pukul 10 malam ini apabila peralatan untuk mengalih pesawat itu tiba dari Kuala Lumpur.
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dalam kenyataannya berkata, penutupan lapangan terbang itu selepas pesawat MAS MH2718 tergelincir semasa mendarat di lapangan terbang itu pada pukul 10.17 malam selepas hujan lebat.
Lapangan terbang itu terpaksa ditutup bagi memboleh kerja mengalih pesawat terbabas keluar daripada landasan tidak terganggu.
MAHB juga akan menyiasat insiden berkenaan selain melakukan kerja baik pulih pesawat yang tergelincir.
Ekoran daripada itu, sebanyak 13 pesawat yang dijadual mendarat dan 12 pesawat berlepas membabitkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan AirAsia dibatalkan.
Ketika kejadian pesawat Boeing 737-800 itu membawa 61 penumpang dan enam anak kapal.
Katanya, MAS juga berusaha untuk menyerahkan semua bagasi dan ia akan di hantar secepat mungkin kepada penumpang.
0 comments:
Post a Comment