Mangsa, Hasliza Ali, 43, menyedari cermin hadapan keretanya terdapat kesan tembakan ketika mahu menghantar anak ke sekolah, jam 7 .30 pagi tadi
"Saya terkejut selepas masuk ke dalam kereta dan melihat cermin hadapan kereta pecah seperti kena tembak dari jarak dekat.
"Sebaik mengetahuinya, saya menghubungi suami di tempat kerja dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu jam 9 pagi tadi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
"Mungkin kejadian itu berlaku pada tengah malam tetapi saya tidak menyedarinya kerana tiada sebarang bunyi yang kuat berlaku di perkarangan rumah.
"Sekarang ini saya mulai rasa bimbang takut perkara ini berulang dan berharap kes ini dapat diselesaikan dan mengetahui punca sebenar," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
0 comments:
Post a Comment